Layar Kehidupan



Teringat kuliah daripada seorang ustaz dalam satu program,
Ada seorang suami ni dia ada isteri yang sangat kuat cemburu. Sikit-sikit jeles. Kadang jeles tak bertempat. Kalau boleh tiap saat si isteri nak periksa hp suami dia. Tiap detik nak tengok mesej, nak tengok log call. Suami dia pun layankan saja. Bagi saja henfon tiap kali bini nak tengok. Mula-mula suaminya tahan lagi, tapi lama kelamaan isteri makin menjadi.
Hingga satu hari, semasa si isteri nak cek hp. Suami dia tak bagi hp.
Diorang bertengkar, bergaduh berebut-rebut hp. Sampailah si isteri start pukul si suami sebab pelik kenapa tiba-tiba tidak bagi hp. Padahal selama ni bagi ja.
Selepas beberapa minit gaduh, hp tu berjaya berada di tangan si isteri, lagi geram sebab tiba-tiba ada pasword.
Teriak si isteri meroyan macam orang gila. Sebelum ni tak pernah pula letak kata laluan dekat hp.
Selepas tomahan demi makian si isteri lontarkan, si suami tiba-tiba hampiri isteri dia dan buka pasword depan mata isterinya sendiri.
Suami terus berlalu tanpa ada sepatah pun dikeluarkan.
Isteri dia dok cek dari fb whatsapp instagram mesej call log, album, dan sebagainya tapi tiada apa yang mencurigakan. Sikit pun takda.
Si isteri datang pada si suami,
"Kenapa abang tadi berebut hp dengan sayang? Kenapa abang letak pasword? Padahal bila sayang cek hp abang. Takde apa pun mencurigakan ?"
Suami dia diam ja.
Bila isteri push non stop barulah si suami bersuara,
" Kepercayaan itu Allah yang gerakkan mengikut sangkaan hamba-Nya kepada seseorang. Kalaupun abang ni jujur dan setia macam mana sekalipun, kalau hati sayang dipenuhi dengan sangkaan, itu masalah sayang. "
Lebih kurang macam tu lah kisahnya,
Patutlah Habib Ali pernah kongsi tentang privacy suami isteri ni kita kena respect. Sebab kalau pasangan kita nak buat apa sekalipun, biar Tuhan yang balas. Itu antara dia dan Tuhan.
Don't spy. 
Ada dinyatakan dalam quran.

Saya doakan para isteri di luar sana cekal dan tabah, sebab bab ini sangat ramai yang tak jaga.
Boleh lihat tapi minta izin. Moga suami redhai syurga untuk kalian. Have faith. 😊

Comments

Popular Posts