Posts

Showing posts from 2017

BAHAGIA

Aku pelajari tentang sesuatu. Sesuatu yang baru. Sesuatu yang cukup bernilai. Sesuatu yang cukup berharga. Kehidupan itu selalunye akan dirasakan tanpa suara. Hanye mampu dirasai melalui hati. andai kite terpaksa berteriak untuk mengkhabarkan seluruh isi dunia yang kite sedang bahagia, hakikatnye kite masih lagi belom bahagia. mungkin, saat saat kite benar benar bahagia adalah ketika kite tidak perlu menyebutkan bertapa bahagianye hidup kite. menceritakan setiap detik dan ketika di media sosial seolah olah kite sahaje yang memperolehi kehidupan yang indah dan baek. Same jugak seperti saat saat kite memang betol betol ikhlas, kite tidak perlu lagi melafazkan bertapa ikhlasnye hati kite. kerane ikhlas itu umpama seperti surah Al-Ikhlas, tidak ade kate ikhlas di dalamnye namun ia dapat dirasai dan dinikmati oleh tiap tiap hati yang hidup.

MR. M

Image
TERIMA KASIH Sir, sebab sentiasa bagi peluang untuk saya buktikan keupayaan saya walaupun hakikatnya saya sendiri rasa saya tak memiliki apa apa kelebihan dalam bidang animasi. Tapi, saya tetap cuba untuk belajar, cuba untuk buat , cuba untuk menerima segala kritikan. Dari sir saya belajar sesuatu yang saya sendiri tak pernah percaya dan yakin saya mampu lakukan, saya mampu hasilkan. Dari sir saya belajar erti tanggungjawab dan komitmen terhadap perkara yang saya buat. Sejujurnya, apa yang saya perolehi sepanjang saya belajar adalah bagaimana untuk jadi manusia yang lebeh kuat, lebeh tabah dan lebeh berfikiran kedepan. Tak mudah untuk perolehi ape yang kite inginkan tapi semue tu tak mustahil bila kite usaha sehabis daya. Saya enjoy sepanjang saya menyiapkan FYP saya walaupun diberi ujian tapi saya cuba buat yang terbaek dan saya cuba untuk buktikan yang saya mampu buat dan tidak akan ade alasan untuk tidak boleh lakukan semue tu. Terima kasih sebab sir sentiasa bagi semangat walaupu…

PENGAKHIRAN FINAL YEAR PROJECT 2017

Image
Okey tak nak citer panjang lebar, just  nak cakap Alhamdulillah, semue dah settle. Sepanjang Final Year Project 2 pon ade jugak ujian tapi tak seberat time FYP1 dulu. Alhamdulillah, aku dapat siapakan semue tu dalam mase yang ditetapkan. Dan semue tu berjalan dengan lancar. Gambar dekat atas tu gamabr time Exhibition hari tu . Berlangsung dekat Quill Mall. Meriah sangat walaupun terase penat.

 Nampak tak , semua muka nampak happy dengan bahagia jer kang. Tapi time nie thesis untuk FYP2 tak settle lagi tau. Tapi masing masing dah rase lega sebab part yang besar dah settle. Selama nie asyik dok bising jer bila nak abis, bila nak abis and now semue dah berakhir. Dah jadi mase lalu pom. Dah jadi kenangan dah. Sekarang cume mampu bercerita. Penat lelah semua memasing dah buktikan keupayaan sendiri.






perkhabaran kematian sewaktu FINAL YEAR PROJECT 1

Selepas dapat berita kematian itu. Aku sendiri tak tahu ape yang aku rase. Tetiba otak rasa tak boleh nak berfungsi dengan betol. Lagi 4 hari nak present. Animatic + demoreel tak siap lagi. Lepas tu tiba tiba dapat berita kematian. Akhirnya, aku decide nak pegi jugak shah alam sehari, so aku bagitahu along pasal tu and aku kemas barang terus pegi sane. Keesokkan lepas zohor aku terus balik rumah sewa, bukak jer pintu letak barang and terus sambung draw untuk buat animatic. Disebabkan aku buat 2D, aku kena draw frame by frame dekat paper guna lightbox untuk nampak die punya pergerakkan. Dok tengah draw tiba tiba kepla rase sakit tapi time tu aku buat tak tahu jer teruskan jugak keja tu, badan n otak rase penatt sangat tapi teruskan jugak sebab fikir dah tak cukup masa. Takot tak sempat nak siapkan. Lepas settle draw terus scan. Tu pom sebelom nak scan ade jugak problem die, Pc xde Cd so x boleh nk intall software untuk printer tu. Lptop aku dengan along pulak tempat letak Cd tak ade. S…

Dugaan FINAL YEAR PROJECT 1 (sambungan)

Selepas jumpa doktor, Doktor cuma cakap magrain so doktor suruh aku stop dulu minum kaffien, benda yang bercoklat pastu dia bagi ubat yang dos agak tinggi sikit. Sebab ubat yang sebelum nie dos yang biasa jer. Yang normal. So tiap kali aku rasa sakit kepala aku terus makan tapi ubat tu just tahan untuk 2 hari macam tu lar. Lepas tu bila die mula sakit balik and makan ubat rasa sakit tu tak hilang. Tapi  time tu dah tak fikir ape dah teruskan jugak siapakan character turnaround, interior, exterior, color sceme, character comparison bila dah settle semue tu baru pegi hospital, time tu muka memang dah tak rupa orang dah sebab tahan sakit dah 3,4 hari. Pastu pegi hospital jumpa pulak doktor yang same so doktr tu macam pelik. Sebab ubat yang die bagi tu dos dah tinggi tapi still tak ade perubahan. Memang lar ubat tu sekadar asbab tuk kite sembuh tapi rase mushkil jugak sebab dos die bagi tu dah tinggi tapi langsung x mengurangakn rase sakit kepla. Time tu doktor buat surat tuk refer pada p…

Dugaan FINAL YEAR PROJECT 1

Lepas Mr.M approve aku punya thumbnail, baru lar aku mula buat storyboard untuk The Boss, ambik masa lama jugak nak siapkan sebab storyboard tu aku buat secara manual, kena draw satu per satu, lepas tu nak kena color, lepas color nak kena tulis dia punya description, camera angle. Aku dah lar buat keja slow, rase macam nak nangis sebab buat  tapi tak siap siap :( time tu aku dah mula sakit kepala tapi just fikir sebab magrain, sebab tak cukup rehat, tidur tak menentu, makan tak menentu so aku ignore jer. Bila rasa tak tahan sangat baru ambik ubat. Tapi time tu tak pegi hospital pon sebab fikir still lagi boleh tahan. Alhamdulillah, akhirnya storyboard siap jugak tapi time tu lagi 3 minggu nak presentation. Tapi, time tu sebenarnya banyak lagi tak siap. Sebab tu orang cakap nk siapkan animation nie bukan benda yang senang, nak kena siapakan thumbnail, storyboard, character skecthes, character thunaround dan banyak lagi lar. Tapi, sakit kepala makin hari makin kuat, sampai satu hari sak…

PERJALANAN FINAL YEAR PROJECT 1

Hye guys, baru sekarang terasa nak share dan ceritakan serba sedikit tentang perjalanan sepanjang  FYP1 walaupun hakikatnya sekarang dah habis study dah. InsyaAllah mudah-mudahan result semester 7 nie semuanya okeys. Pada permulaanya dan sejujurnya aku still lagi blurmasa awal-awal masuk semster 6,  still lagi pening nak buat pasal apa untuk FYP1, dengan idea untuk cerita lagi, dengan medium . So time tu aku decide nk buat 3D tapi ada problem dekat Pc sebab nak buat 3D nie memerlukan pc atau laptop yang power untuk rendering dan modeling. Lastly,  aku pilih 2D atas alasan aku fikir aku dah pernah belajar 2D sebelum nie walhal pada hakikatnya aku tak ada kelebihan langsung dalam drawing. Aku sanggup ambik risiko untuk buat 2D tapi untuk jalan yang selamat aku tak buat character manusia. Aku buat character Robot iaitu vacuum.  Settle 1 masalah. Masalah kedua yang aku terpaksa hadapi pulak, yang part storyline untuk animation 3 minit, ingatkan mudahlah nak fikir tapi rupanya susah. Semua…

Mutiara Kata

Image

TENTANG JANJI-Mu

Menyelam jauh ke dasar hati. Merenung segala yang telah tertinggal di masa lalu. Momen demi momen. Duka demi tawa. Tangis dan air mata. Sehingga aku mengerti. Derita itu sebenarnya bahagia.
Aku teringat kepada firman-Mu yang paling menusuk tepat ke jantungku. "(Tidak demikian) bahkan barangsiapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang dia berbuat kebajikan, maka baginya pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati." Al-Baqarah : 112 .
Betapa saatku terlalu menghiba dulu. Saat terjelepuk, terduduk, melonglai.
Seakan habis semua harapku, anganku, permintaanku.
Kata-kata janji-Mu inilah yang kembali mengangkatku, memapahku, menenangku, mengisiku.
Kata-kata janji-Mu inilah mendamaikan seluruh jiwaku, meredakan emosiku, menghilangkan segala keletihanku.
Ternyata.
Semua kesedihan, kecelakaan, kehilangan, pengkhianatan, kefitnahan, kesakitan yang Kau izinkan, bukan sia-sia.
Ia bukan kebetulan.  Ia bukan kekeliruan.  Ia bu…

Story3 (Monolog Hati)

ade orang diuji lamanye menanti jodoh. berat perasaan menunggu itu. Allah sahaje yang tahu. nak pulak kalau langsung tak nampak wajah , die siape? bila? dekat mane?? ade orang die simpan harapan tinggi pade seseorang. cintai dalam diam. sukai dalam diam. tapi rupanye orang yang die suka tu, mencintai orang laen. hampanye terase. ade orang yang bila die bernikah , diuji dengan penceraian. tak mampu bertahan bila difitnah dan dijatuhkan. dan tiade lagi rase saling menyayangi. pedihnya hanye Allah sahaje yang tahu dan faham. ade orang diuji dengan dipoligamikan. bertahun menyulam cinta bahagia dengan anak yang membesar. pedihnye terase bila pasangan mulai berpaling arah. mulai menukar hati dan perhatian pade orang laen. sakit dan kecewanye, Allah jua yang lebeh tahu. ade orang diuji dengan bertahun tidak dikurniakan zuriat. menangis melihat orang laen bahagia beranak pinak. terjerut rase bila orang asyik mempersoalkan bila nak beranak. sungguh, sangat rumit. bila berbicara soal hati dan …

Debu Debu Dunia

Orang yang dah mengenal Allah, dia takkan lagi ingin membanding-bandingkan dengan orang lain.
Apatah lagi nak berhasad dengki atau cemburu sehingga sakit hati.
Kerana dia lebih fikirkan akhiratnya berbanding hidup orang lain.
Ya, sifatnya manusia terpukau pada hiasan dunia.
Kekayaan, glamour, suka bila dipuji-puji, suka bila lebih hebat dari semua orang, suka jika dapat miliki semuanya.
Tapi bukanlah itu bahagia dan ketenangan mutlak seorang hamba yang beriman. "Tenang dan bahagia itu bila hati sentiasa diletakkan tertinggi untuk-Nya." Dia melihat redha Allah sebelum redha manusia.
Dia melihat ganjaran pahala Allah sebelum ganjaran pujian manusia.
Dia melihat hebatnya akhirat yang diakhiri dengan syurga berbanding dengan nikmat dunia yang sementara. .
Jauhilah hasad dengki yang memadamkan amal dalam diam.
Sia-sia jadi debu yang berterbangan. Nauzubillahi min zalik. "Ya Allah aku berlindung dari hasad dengki manusia dan keburukan yang tersembunyi."

Story2 (MonologHati)

Jika kita tak sibukkan diri dengan amal kebaikan.
Maka syaitan akan sibukkan kita dengan nafsu kejahatan dan keburukan.
Nauzubillahi min zalik.  Benar. Kita takkan pernah sempurna.  Dosa selalu ada. Lepas taubat, terbuat lagi.
Lepas istighfar, terbuat lagi.
Tapi, lihatlah Maha "Rahman" nya Allah swt.
1 kejahatan dicatat 1 dosa.
Sedangkan 1 kebaikan dicatat 10 pahala.
Bahkan lebih lagi berlipat kali ganda. Bahkan lebih tiada batas pahala. Terpulang pada Allah nak bagi berapa pun.
Subhanallah.  Sebab itu tak cukup dengan hanya bertaubat.
Kena gandakan dan iringkan dengan amal soleh.
Orang beriman tu bukan sekadar beriman di bibir dan hati, bahkan dia saling berlumba mengerjakan amal ibadah.  Rasa nak menangis baca ayat ini.
Indahnya janji dan ganjaran Allah. 😭  Larilah pada-Nya.  Itulah keberuntungan dan ketenangan yang sebenar. "Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman, beramal saleh, kemudian tetap di jalan yang benar." (QS. Thaahaa 82…

Qada dan Qadar Allah

" Ustaz, kalau dah takdir Allah tentukan saya celaka, maka saya tetap akan celaka dan akhirnya masuk neraka. 
Maka, apa guna semua saya beramal? Saya usaha pun tiada guna kalau sudah ditakdirkan begitu. "

Sering dipersoalkan seperti ini kan?

Lalu seorang ustaz yang berkelulusan Sarjana Usuluddin dari Al-Azhar menjawab, " Pertama begini, harus kita fahami sebaik-baiknya apa yang dimaksudkan dengan Qada' dan Qadar.

Qada' bermaksud, sesuatu keputusan yang telah ditetapkan oleh Allah, tidak akan dapat diubah lagi.

Contoh, kita dilahirkan jantina perempuan, bangsa Melayu, warganegara Malaysia, lahir dalam keluarga yang sangat miskin.

Lahir-lahir sudah begitu takdirnya. Kita tidak boleh mempertikaikan kenapa aku mesti jadi perempuan? Kenapa tidak lelaki?

Kenapa mesti bangsa Melayu? Kenapa tidak Arab, kan mesti cantik wajah hidung mancung.

Kenapa keluarga miskin? Orang lain lahir kaya?

Tak boleh pertikaikan kerana Allah sudah tetapkan Qada' kita begitu.

Yang namannya Qadar p…

JODOH

Image
Selalu dengar orang cakap, "Nak tahu siapa jodoh kita, orang yang kahwin dengan kita itulah jodoh sebenar." Saya rasa belum tepat lagi kenyataan ini. Lepas kahwin pun, belum ada 'jaminan' dia adalah jodoh selamanya. Ada orang diuji dengan perpisahan, sama ada bercerai ketika hidup atau bercerai disebabkan mati. Ada orang diuji dengan poligami, terpaksa memendam rasa berkongsi kasih dengan orang lain. Pasti ada sebab dan hikmahnya. Saya nak share sebuah kisah benar yang berlaku di sebuah mahkamah syariah. Pasangan tersebut telah mendirikan rumahtangga selama 30 tahun lebih. Masing-masing telah tua, berumur 50-an. Tapi siapa sangka, suami menjatuhkan talak satu kepada isteri di akhir waktu usia senja. Kata si isteri dalam esak tangisan, "Tuan hakim, selama ini kami hidup bahagia, tapi bila perempuan indonesia itu datang dan menggoda suami, rumahtangga kami hancur dan musnah." Jawab si suami pula, "Bukan sebab perempuan tu, tapi saya dah muak dengan pera…

HIJRAH (Nafas Baru)

Hijrah adalah perjalanan panjang yang baru akan berakhir saat Allah memanggil kita pulang. Hijrah juga merupakan sebuah PROSES, bukan hasil. Ibarat meniti anak tangga, jika mahu sampai ke puncak ya sunatullah-nya harus satu demi satu . Makna Hijrah adalah Minna dzulumatii ilannuur, iaitu perjalanan dari gelap menuju cahaya. LUAS. Maka Hijrah terkait pada semua aspek yang muaranya sama, iaitu mampu mendekatkan diri kita pada Allah. Boleh hijrah pemikiran, lingkungan, kebiasaan, penampilan, perkataan, atau apapun, yang pastinya ke arah yang lebih baik, yang Allah redhai . Bukankah bayi pun awalnya digendong dulu, lalu merangkak, berjalan, barulah dia boleh berlari? Ada PROSES yang tak boleh dilangkau terus. Hijrah yang berhubungan dengan penampilan pun demikian. Dituntun sebagai teman, melalui pemahaman. . Aku pun mengalami proses hijrah penampilan seperti demikian. Apakah boleh ? Ya boleh. Dan itu memerlukan waktu yang waktunya bukan sekejap. Bertahun-tahun lamanya, dengan berbagai kon…

R.E.Z.E.K.I (anak)

Image
Dalam soal zuriat, Allah akan bagi pade waktu yang terbaek. Jika kite terkejut menerima awal dan tanpe kite ready pun, memang itu adalah waktu yang terbaek. Jika lambat dan kite ternanti nanti mengharap dan sedeh, memang itulah waktu yang terbaek. Kite rase kite mampu tapi Allah lagi tahu. Allah Maha lagi mengetahui untuk kehiduoan kite. Bila bila waktu pun Allah mula merezekikan si comel untuk berade dalam perot. Dan itulah waktu yang terbaek untuk kite. Yakinlah. Tak payah marah , sedeh, dan kecewa. Teruskan berdoa supaya setiao langkah kite disusun sesuai dengan perancangan kite💐

HAKIKAT CINTA

Image
Pernah tak kita minta dalam doa, " Ya Allah, aku nak sangat 'rasai' perasaan jatuh cinta pada-Mu ya Tuhan dengan sebenar-benarnya, dengan sesungguhnya, dengan sedalam-dalam jiwa raga." Pernah? Kalau tak pernah, mulai sekarang cubalah minta sesungguh hati. Kita banyak galau sebab hati banyak terpenuhi dengan "hubbu dunia", cinta pada isi dunia. Kita banyak resah fikirkan soal jodoh, anak, rezeki sebab hati terpenuhi dengan "hubbu syahawat", cinta pada manusia berlebihan. Kita banyak khuatir fikirkan soal masalah kehidupan sebab hati terpenuhi dengan "hammi wal hazan", takut benda yang tak terjadi lagi dan takut fikirkan masa depan. Kita banyak dihimpit emosi dan perasaan sehingga rasa down yang amat, sebab begitu besarnya fokus pada benda yang sekejap. Padahal kita tahu dunia hanya ujian. Sekejap je. Tapi selalu kita rasa nak hidup lama di sini. Selalu kita rasa nak dapatkan semuanya di sini. Selalu kita rasa nak bahagia dan hepi-hepi sa…

hakikat Dunia

"ape guna sijil yang ade, bukan boleh bawak masuk kubur".
tak payah nak bangga dengan sijil tu,
yer, betol awak. saya setuju. memang tak boleh bawak masuk kubur tau.
kaen kapan putih sehelai sahaje yang dibenarkan. sijil bergulung banyak pun tak boleh ditimbus sekali. duit berjuta pun, tak boleh tanam sekali. rumah besar macam istana pun, tak muat nak bawak masuk sekali. sayang bagai nak "rak" pade pasangan, ibu bapa dan sahabat pun, tak dapat mereka semue nak terjun masuk kubur sekali temankan kite.
gelaran, pangkat, kedudukan, itu semue akan hanye tinggal name dan kenangan sahaje dekat dunia. semue tu tak boleh nak bawak masuk kubur melaenkan amalan kite sahaje.
"ape yang kite dah buat dengan semue pinjaman tu?" "macam mane amanah kite pade semue orang yang Allah anugerahkan?" "ke mana telah kite gunakan sepanjang hidup kite ini?"
itu yang akan Allah persoalkan nanti.

daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW telah bersabda:

"jik…

H.A.M.B.A.

Pejuang, Hati kena kental. Tiap minggu berprogram, tiap hari tak lepas dari fikir soal Ummat. Bagaimana nak mengembalikan kegemilangan Islam. Pejuang agama, Tak pernah lekang dari bibirnya setiap agenda untuk bantu Ummat jadi yang lagi baik, rangka program dan projek untuk satu 'kejayaan'. Kena kental? Ya. Mentally and physically.
Cuma mungkin. Terkadang, Jiwa kita lelah dan kalah dengan pujukan halus sang nafsu. Kerana mungkin, Kita dah lama bertahan, cuba untuk menepis segala kekusutan. Hanya kerana, Ada sahabat perjuangan yang membuka aib kita tanpa kita sedari. Seorang yang menikam belakang kita tanpa kita ketahui. Hati yang tiba tiba terpesong niatnya kerana seorang ajnabi yang turut sama berjuang atas nama agama ini. Ketua yang hanya mahu turutkan kemahuan dia tanpa tahu seperti apa keadaan dibawahnya. Terlalu banyak spekulasi dan persepsi manusia sekeliling tentang perjuangan yang dibawa. Mungkin terkadang, Iman kita gugur kerana ini.
Sahabat perjuangan, Jalan juang tak muda…

Story1 (Monolog Hati)

Image
"bagaimana untuk ISTIQOMAH?" aku ulang baca whatsapp berkali kali. satu soalan yang mana jawapannya tak mungkin boleh diguna pakai oleh semua orang. what applies to you, doesn't mean it applies to others. sbb, istiqomah ni satu usaha yang memerlukan keteguhan & keingingan yg tinggi daripada diri kita sendiri. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. gittu. YOU YOURSELF, MUST ENDURE. ENDURE. BERTAHAN.
so, apa maknanya bertahan? in this life, you need to face many kinds of obstacles & sometimes, it makes you fall and broke into pieces. but then, above all the ups and downs, you are still struggling, gasping for air. even when it gets stormy. and that is when, you need to ENDURE.

tips Baca Al-Quran

Image
Macam mana nak konsisten baca satu juz al Quran setiap hari. Nampak macam susah tapi sebenarnya semua orang boleh! Secara purata satu juz al Quran ada 20 muka surat. Bahagikan begini. Subuh 4 muka surat Zohor 4 muka surat Asar 4 muka surat Maghrib 4 muka surat Isyak 4 muka surat
Bacaan biasa, tak laju dan tidak lambat. 1 muka surat sekitar 3 minit. 4 muka surat x 3 minit = 12 minit setiap sesi. 12 minit x 5 kali bacaan = 60 minit. Hanya 60 minit (1 jam) digunakan untuk baca satu juz al quran. Ternyata tidaklah terlalu banyak masa digunakan untuk menghabiskan satu juz al Quran dibanding dengan nikmat yang dapat. Inshaa allah terasa waktu yang berkat. Mula-mula memang berat, lama kelamaan boleh speed up 4 hingga 5 juz sehari. Tak mustahil. Selamat mencuba :)

U.S.I.A

Image
Tidak rugi menulis sesuatu yang bermanfaat terutama kepada diri sendiri dan juga orang lain. Mungkin hari ini kita tidak perlu pada kata-kata yang memberi muhasabah kepada diri. Tapi 10 tahun kalau Tuhan izin masih berkenalana di bumi Nya, ayat-ayat yang pernah ditulis akan dibaca semula. Kematangan 10 tahun lalu dengan 10 tahun akan datang pasti berbeza hasil tarbiyah kehidupan yang penuh warna warni. Mungkin, 10 tahun nanti jasad kita tidak lagi di atas bumi tetapi sudah kembali ke sisi Rabb. Tiada siapa yang tahu. Tetapi, penulisan yang ada tetap boleh dibaca mereka yang masih hidup. Begitulah para ulama, meski telah lama kembali ke barzakh namun tetap "hidup". Itulah yang dikatakan keberkatan usia. Usia di dunia tidak lama namun di sisi Tuhan panjangkan usianya dengan kebaikan yang banyak. Walau sudah meninggal dunia, tetap membuat manfaat kepada ummah.

Monolog Hati

Kamu itu terlahir kuat–yang bertambah kuat hari ke hari.  Ada masalah jangan lari. Bertemu kesusahan jangan berdiam diri. Ada masalah, selesaikan. Kesulitan ada untuk diselesaikan, ditenangkan, dan diajak berdamai. Bukankah orang kuat seharusnya seperti itu?.Jangan minta Tuhanmu untuk mempermudah segala kerumitan yang tengah kamu hadapi. Mintalah untuk menguatkanmu di segala keadaan. Maka, dengan segala rahmat-Nya kamu akan semakin pandai, semakin kuat, dan semakin-semakin lain yang boleh membantumu untuk menyelesaikan apa-apa yang seharusnya kamu selesaikan. Tuhanmu selalu bersamamu sampai kamu berani menghadapi apa saja yang ingin sekali kamu hindari selama ini. Sampai kamu pandai berkompromi dengan semua masalah yang sedang dan akan kamu hadapi..Jadilah kuat, sebagaimana kamu memang dilahirkan untuk itu. Percaya pada dirimu sendiri, kamu tidak selemah apa yang kamu fikirkan. Kamu kuat. Tuhanmu selalu menguatkanmu.

Bunga Hijrah

Image
Hijrah adalah perjalanan panjang yang baru akan berakhir saat Allah memanggil kita pulang. Hijrah juga merupakan sebuah PROSES, bukan hasil. Ibarat meniti anak tangga, jika mahu sampai ke puncak ya sunatullah-nya harus satu demi satu.

Makna Hijrah adalah Minna dzulumatii ilannuur, iaitu perjalanan dari gelap menuju cahaya. LUAS. Maka Hijrah terkait pada semua aspek yang muaranya sama, iaitu mampu mendekatkan diri kita pada Allah. Boleh hijrah pemikiran, lingkungan, kebiasaan, penampilan, perkataan, atau apapun, yang pastinya ke arah yang lebih baik, yang Allah redhai . Bukankah bayi pun awalnya digendong dulu, lalu merangkak, berjalan, barulah dia boleh berlari? Ada PROSES yang tak boleh dilangkau terus. Hijrah yang berhubungan dengan penampilan pun demikian. Dituntun sebagai teman, melalui pemahaman. . Aku pun mengalami proses hijrah penampilan seperti demikian. Apakah boleh ? Ya boleh. Dan itu memerlukan waktu yang waktunya bukan sekejap. Bertahun-tahun lamanya, dengan berbagai kon…

K.O.S.O.N.G

Image
Segala rasa yang tidak enak yang membelenggu kita di kala ini, luahkanlah kepada Allah, Yang Maha Mendengar, Yang Maha Mengetahui . Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Serah bulat bulat kat Dia. Kadang kadang ada yang kita perlu lepaskan, ada yang perlu kita pertahankan . Salah satu kaedah yang boleh kita pilih, lihat keperluannya dari sudut agama, dari sudut akhirat dan paling utama sejauh mana ia dekatkan kita dengan Allah atau sebaliknya. . Jangan berdukacita atas kehilangan sesuatu atau seseorang kerana duniawi, tetapi menangislah jika kehilangan kebaikan kebaikan yang membawa keredhaan Allah kepadamu. . Hidup ini singkat saja. Mengadulah lelah penatmu kepadaNya, moga Dia berikan kamu kudrat untuk terus melangkah ke hadapan. Sesungguhnya Tuhanku, benar benar Maha Mendengar (memperkenankan) doa - Ibrahim,14:39

Ikan Kering Kaw Kaw

Image
Sup Tulang dah settle, so sekarang kite masak menu kedua iaitu Ikan kering kaw kaww. cewahhhh nama pun dahhh meletup kebabomm :D part ikan kering nie korang kena pandai beli tauu sebab kalau ikan kering tu tak sedap maka tak kaw kaw lar .. haaaa, tapi ikan kering kite punye nie mama kite buat sendiri tauu sebab tu sedapp :P selalunye menu macam nie budak kampung macam kite kite nie jer yang makan, hehe. xde lauk laen pom tak ape asalkan ade ikan kering :D tak mau merapu pepanjang takot korang bosan. jom kite tengok resepi ikankering kaw kaw nie macam mane.  Bahan bahan Ikan Kering Kaw Kaw: By : Norizati Zaki
Ikan kering (suka hati berapa ekor nak guna) 1 labu bawang besar (Yellow onion) - dihiris 4 tangkai cili kampung - dihiris

Cara cara Memasak:








rendam ikan kering selama 5 jam. selepas ikan kering dah lembut goreng ikan kering tersebut dengan minyak yang sedikit.

 bila dah nampak garing sedikit masukan bawang dan cili yang dahsiap dipotong. goreng bersama ikan kering sehingga naek bau…