Spaghetti Goreng versi campak campak

Alkisah, petang tadi terasa nak masak spaghetti goreng, alang-alang benda alah tu ada maka terjadilah resepi campak-campak versi diri sendiri. 


Spaghetti Goreng
by: Norizati Zaki

Bahan bahan:
1/2 pek spaghetti - (rebus bersama minyak) 
100gm ayam kisar

1/2 batang carrot
2 biji tomato (dipotong dadu)
1 biji bawang besar (dicincang halus)
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 sb cili kisar - ikut pedas disukai
3 sudu sos tomato
3 sudu sos cili
minyak untuk menumis
Garam
Daun sup

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih yang telah di cincang halus sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan goreng hingga cili kisar garing.

Masukkan carrot yang telah dipotong dadu. Tumis lagi beberapa minit sehingga carrot lembut. Masukkan ayam kisar. Tumis sehingga ayam masak. masukkan sedikit air. selepas itu masukkan sos tomato, sos cili, garam, gula dan kacau sehingga mesra. masukkan tomato yang telah dipotong dadu. setelah mendapat rasa yang sedap, masukkan spaghetti. goreng sehingga masak. terakhir hidang spaghetti dan hias dengan daun bawang atau daun sup. selamat mencuba .


Comments

Popular Posts