K.O.S.O.N.G



Segala rasa yang tidak enak yang membelenggu kita di kala ini, luahkanlah kepada Allah, Yang Maha Mendengar, Yang Maha Mengetahui
.
Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Serah bulat bulat kat Dia. Kadang kadang ada yang kita perlu lepaskan, ada yang perlu kita pertahankan . Salah satu kaedah yang boleh kita pilih, lihat keperluannya dari sudut agama, dari sudut akhirat dan paling utama sejauh mana ia dekatkan kita dengan Allah atau sebaliknya.
.
Jangan berdukacita atas kehilangan sesuatu atau seseorang kerana duniawi, tetapi menangislah jika kehilangan kebaikan kebaikan yang membawa keredhaan Allah kepadamu.
.
Hidup ini singkat saja. Mengadulah lelah penatmu kepadaNya, moga Dia berikan kamu kudrat untuk terus melangkah ke hadapan. Sesungguhnya Tuhanku, benar benar Maha Mendengar (memperkenankan) doa - Ibrahim,14:39

Comments

Popular posts from this blog

Ayam Masak Merah orang Besut

Spaghetti Goreng versi campak campak

Bunga Hijrah