Ayam Masak Merah orang Besut



by: Norizati Zaki
Bahan-bahan:
Ayam 5 ketul (gaul dengan garam, kunyit, bawang putih dan digoreng separuh masak)

Sebiji Bawang Besar *
4 Ulas Bawang Putih *
Halia Sebesar Ibu Jari *
Cili Kering (nak rebus dulu pom boleh, tak nak pom boleh)*

* blender

2 batang serai - diketuk
Sebiji Tomato - potong 4
Sebiji Bawang Besar
Minyak Masak secukupnya (boleh guna balik minyak goreng ayam)
Sos Cili - agak agak jer
Garam 
Daun Bawang 

Cara-caranya:
tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak. masukkan sos tomato, sos cili (ikot suka hati korang nak taruk banyak mana yea). Masukkan serai, masukkan garam dan gula. kacau dengan api sederhana (jangan sampai hangit tau) bila rasa dah okey so korang boleh terus masukkan ayam dan juga bawang besar yang dipotong bulat. kacau pastu boleh terus dihidangkan. haaaa jangan lupe taruk daun bawang untuk dapatkan rasa lagi sedap. senang dan simple kang. so student yang macam saya nie boleh lar try resepi nie. kejapp jer masak. 20 minit dah siap. 



Comments

Popular posts from this blog

Spaghetti Goreng versi campak campak

Bunga Hijrah