Posts

Showing posts from September, 2017

K.O.S.O.N.G

Image
Segala rasa yang tidak enak yang membelenggu kita di kala ini, luahkanlah kepada Allah, Yang Maha Mendengar, Yang Maha Mengetahui . Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Serah bulat bulat kat Dia. Kadang kadang ada yang kita perlu lepaskan, ada yang perlu kita pertahankan . Salah satu kaedah yang boleh kita pilih, lihat keperluannya dari sudut agama, dari sudut akhirat dan paling utama sejauh mana ia dekatkan kita dengan Allah atau sebaliknya. . Jangan berdukacita atas kehilangan sesuatu atau seseorang kerana duniawi, tetapi menangislah jika kehilangan kebaikan kebaikan yang membawa keredhaan Allah kepadamu. . Hidup ini singkat saja. Mengadulah lelah penatmu kepadaNya, moga Dia berikan kamu kudrat untuk terus melangkah ke hadapan. Sesungguhnya Tuhanku, benar benar Maha Mendengar (memperkenankan) doa - Ibrahim,14:39

Ikan Kering Kaw Kaw

Image
Sup Tulang dah settle, so sekarang kite masak menu kedua iaitu Ikan kering kaw kaww. cewahhhh nama pun dahhh meletup kebabomm :D part ikan kering nie korang kena pandai beli tauu sebab kalau ikan kering tu tak sedap maka tak kaw kaw lar .. haaaa, tapi ikan kering kite punye nie mama kite buat sendiri tauu sebab tu sedapp :P selalunye menu macam nie budak kampung macam kite kite nie jer yang makan, hehe. xde lauk laen pom tak ape asalkan ade ikan kering :D tak mau merapu pepanjang takot korang bosan. jom kite tengok resepi ikankering kaw kaw nie macam mane.  Bahan bahan Ikan Kering Kaw Kaw: By : Norizati Zaki
Ikan kering (suka hati berapa ekor nak guna) 1 labu bawang besar (Yellow onion) - dihiris 4 tangkai cili kampung - dihiris

Cara cara Memasak:








rendam ikan kering selama 5 jam. selepas ikan kering dah lembut goreng ikan kering tersebut dengan minyak yang sedikit.

 bila dah nampak garing sedikit masukan bawang dan cili yang dahsiap dipotong. goreng bersama ikan kering sehingga naek bau…

Sup Tulang Orang Malas

Image
hello guys, memandangkan daging dengan tulang korban ade lagi so kite buat sup tulang hari nie. simpan lama lama dalam peti sejuk nanti xsedap pulak tulang tu kang maka tercipta lah sup tulang orang malas :D nak tahu malas sebab ape? haaa, sabar sabar. teruskan melihat yer. dipenghujung nanti akan tahu. haha.

Bahan bahan Sup Tulang Orang Malas:
by: Norizati Zaki

1 kg tulang lembu ~ rebus dahulu hingga empuk
 batang kulit kayu manis *
 kuntum bunga lawang *
 kuntum bunga cengkih *
 biji buah pelaga *
 2 sup bunjut
 Halia sebesar ibu jari - diketuk
1 labu bawang merah - di hiris
7 ulas bawang putih -hiris
Air rebusan tulang secukupnya
Garam secukup rasa
Daun sup dan daun bawang ~ hiris
3-4 biji cili padi - hiris

ikot suka korang nk taruk berapa tapi kalu nak mudah beli yang khas untuk sup terus. senang*

Cara cara Memasak:




rebus tulang sehingga lembut (tulang tu memang tak lembutt tau, yang lembut daging dekat tulang tu, korang nie bukan boleh pakai sangat karang kalau tak bagitahu korang merapu l…

Layar Kehidupan

Image
Teringat kuliah daripada seorang ustaz dalam satu program, Ada seorang suami ni dia ada isteri yang sangat kuat cemburu. Sikit-sikit jeles. Kadang jeles tak bertempat. Kalau boleh tiap saat si isteri nak periksa hp suami dia. Tiap detik nak tengok mesej, nak tengok log call. Suami dia pun layankan saja. Bagi saja henfon tiap kali bini nak tengok. Mula-mula suaminya tahan lagi, tapi lama kelamaan isteri makin menjadi. Hingga satu hari, semasa si isteri nak cek hp. Suami dia tak bagi hp. Diorang bertengkar, bergaduh berebut-rebut hp. Sampailah si isteri start pukul si suami sebab pelik kenapa tiba-tiba tidak bagi hp. Padahal selama ni bagi ja. Selepas beberapa minit gaduh, hp tu berjaya berada di tangan si isteri, lagi geram sebab tiba-tiba ada pasword. Teriak si isteri meroyan macam orang gila. Sebelum ni tak pernah pula letak kata laluan dekat hp. Selepas tomahan demi makian si isteri lontarkan, si suami tiba-tiba hampiri isteri dia dan buka pasword depan mata isterinya sendiri. Suam…

Ayam Masak Merah orang Besut

Image
by: Norizati Zaki
Bahan-bahan: Ayam 5 ketul (gaul dengan garam, kunyit, bawang putih dan digoreng separuh masak)
Sebiji Bawang Besar * 4 Ulas Bawang Putih * Halia Sebesar Ibu Jari * Cili Kering (nak rebus dulu pom boleh, tak nak pom boleh)*
* blender
2 batang serai - diketuk Sebiji Tomato - potong 4 Sebiji Bawang Besar Minyak Masak secukupnya (boleh guna balik minyak goreng ayam) Sos Cili - agak agak jer Garam  Daun Bawang 
Cara-caranya: tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak. masukkan sos tomato, sos cili (ikot suka hati korang nak taruk banyak mana yea). Masukkan serai, masukkan garam dan gula. kacau dengan api sederhana (jangan sampai hangit tau) bila rasa dah okey so korang boleh terus masukkan ayam dan juga bawang besar yang dipotong bulat. kacau pastu boleh terus dihidangkan. haaaa jangan lupe taruk daun bawang untuk dapatkan rasa lagi sedap. senang dan simple kang. so student yang macam saya nie boleh lar try resepi nie. kejapp jer masak. 20 minit dah siap. 


Spaghetti Goreng versi campak campak

Image
Alkisah, petang tadi terasa nak masak spaghetti goreng, alang-alang benda alah tu ada maka terjadilah resepi campak-campak versi diri sendiri. 

Spaghetti Goreng by: Norizati Zaki
Bahan bahan: 1/2 pek spaghetti - (rebus bersama minyak)  100gm ayam kisar
1/2 batang carrot 2 biji tomato (dipotong dadu) 1 biji bawang besar (dicincang halus) 5 ulas bawang putih (dicincang halus) 1 sb cili kisar - ikut pedas disukai 3 sudu sos tomato 3 sudu sos cili minyak untuk menumis Garam Daun sup
Cara cara: Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih yang telah di cincang halus sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan goreng hingga cili kisar garing.
Masukkan carrot yang telah dipotong dadu. Tumis lagi beberapa minit sehingga carrot lembut. Masukkan ayam kisar. Tumis sehingga ayam masak. masukkan sedikit air. selepas itu masukkan sos tomato, sos cili, garam, gula dan kacau sehingga mesra. masukkan tomato yang telah dipotong dadu. setelah mendapat rasa yang sedap, masukkan spaghetti. goreng…

Ukhuwah Fillah_FYP2 2017 BCAD

Image
ALLAH mempertemukan kita untuk beribu alasan. Entah untuk memberi atau untuk menerima. Entah untuk belajar atau untuk menyampaikan. Entah untuk bercerita atau untuk mendengarkan. Entah untuk sesaat atau untuk selamanya... Entah akan menjadi bahagian terpenting atau hanya untuk sekadarnya. Semua tidak akan ada yang sia-sia, kerana Allah yang mempertemukan. Hidup kita saling mengisi.
Jadi jika ada perbezaan, itu adalah hal yang sangat biasa. Tidak perlu diperbesar dan jangan jadikan ia punca perpecahan sehingga memutuskan tali silaturrahim yang sudah terjalin. Mungkin kehadiran kita adalah jawaban atas doa-doa saudara kita.. sebagaimana mereka pun adalah jawaban atas doa-doa kita. Jika sudah menjadi takdir Allah, meski dengan jarak beribu-ribu kilometer jauhnya, kita tetap akan dipertemukan, dalam satu ikatan "Ukhuwah". Semoga ini semakin kuat & mantap seiring dengan doa-doa kita bersama. Rasulullah SAW bersabda :
"Sesungguhnya di antara hamba-hamba Allah terdapat ora…

Penyeri Rumah

Image
Menjadi ibu kepada anak-anak bulus bukan suatu yang mudah, ia memerlukan kekuatan dan ketabahan yang begitu utuh didalam diri. Karenah yang dimiliki oleh mereka (anak bulus) kadang-kala menguji tahap kesabaran kita sebagai seorang manusia tetapi melalui mereka kita akan belajar sesuatu yang begitu bernilai. Pada awalnya, aku hanya memberi makan kepada bulus-bulus yang selalu datang ke rumah. Sudah menjadi rutin harian mereka setiap pagi menunggu dihadapan pintu rumah. Bulus pertama yang menjadi penyeri ialah Baby, kucing jalanan. pada awalnya, dia seekor kucing yang garang, tidak suka orang menyentuhnya tapi baby akan setia menunggu dihadapan atau dibelakang rumah untuk mendapatkan makanan. Dari usia setahun jagung sehinggalah dia melahirkan dua ekor baby bulus yang comel (warna hitam putih), tapi sayangnya hanya seekor sahaja yang hidup. Baby bulus itu diberi nama Miko, Miko dibesarkan oleh aku dan juga housemate. tapi pada ketika itu aku hanya menjaga biasa biasa, mungkin kerana te…

Tiang Hati

Image
Obses yang tinggi pada hal yang bersifat manis. Dan sekarang; sudah separuh mati mencari ubat hilangkan kenangan. Sekarang, semua Tawar. Mana silapnya? Apa air panas sudah menjadi suam? Atau air terlebih garam? Tawarnya, sampai sudah lelah aku membeza. Tawar dan manis sudah pada aras yang sama.

MonologHati 9 SEPTEMBER 2017