Penyeri Rumah




Menjadi ibu kepada anak-anak bulus bukan suatu yang mudah, ia memerlukan kekuatan dan ketabahan yang begitu utuh didalam diri. Karenah yang dimiliki oleh mereka (anak bulus) kadang-kala menguji tahap kesabaran kita sebagai seorang manusia tetapi melalui mereka kita akan belajar sesuatu yang begitu bernilai. Pada awalnya, aku hanya memberi makan kepada bulus-bulus yang selalu datang ke rumah. Sudah menjadi rutin harian mereka setiap pagi menunggu dihadapan pintu rumah. Bulus pertama yang menjadi penyeri ialah Baby, kucing jalanan. pada awalnya, dia seekor kucing yang garang, tidak suka orang menyentuhnya tapi baby akan setia menunggu dihadapan atau dibelakang rumah untuk mendapatkan makanan. Dari usia setahun jagung sehinggalah dia melahirkan dua ekor baby bulus yang comel (warna hitam putih), tapi sayangnya hanya seekor sahaja yang hidup. Baby bulus itu diberi nama Miko, Miko dibesarkan oleh aku dan juga housemate. tapi pada ketika itu aku hanya menjaga biasa biasa, mungkin kerana terlalu sibuk dengan assignment tapi Alhamdulillah Miko pandai menguruskan dirinya sendiri sehinggalah menjadi remaja. Dalam masa yang sama, terdapat seekor kucing buta yang melahirkan baby bulus dihadapan rumah, melahirkan 3 ekor baby bulus berwarna oren, salah satu dari baby bulus itu ada yang buta. Ibunya langsung tidak mahu untuk menyusukan baby bulus yang buta, mungkin kerana ibu bulus risau baby itu memberi kesan yang tidak baik kepada dirinya dan baby bulus yang laen. Aku sempat menjaga seketika sahaja, selepas itu ibu bulus membawa anaknya ketempat laen sehinggalah pada satu hari itu hanya seekor baby bulus sahaja yang dibawa olehnya. Aku mengambil keutusan untuk menjaga baby itu, disebabkan dia memiliki badan yang kecil, dia diberikan nama Kechek...


                                                                                                                    bersambung......

Comments

Popular Posts