JODOH

Selalu dengar orang cakap,
"Nak tahu siapa jodoh kita, orang yang kahwin dengan kita itulah jodoh sebenar."
Saya rasa belum tepat lagi kenyataan ini.
Lepas kahwin pun, belum ada 'jaminan' dia adalah jodoh selamanya.
Ada orang diuji dengan perpisahan, sama ada bercerai ketika hidup atau bercerai disebabkan mati.
Ada orang diuji dengan poligami, terpaksa memendam rasa berkongsi kasih dengan orang lain.
Pasti ada sebab dan hikmahnya.
Saya nak share sebuah kisah benar yang berlaku di sebuah mahkamah syariah.
Pasangan tersebut telah mendirikan rumahtangga selama 30 tahun lebih.
Masing-masing telah tua, berumur 50-an.
Tapi siapa sangka, suami menjatuhkan talak satu kepada isteri di akhir waktu usia senja.
Kata si isteri dalam esak tangisan,
"Tuan hakim, selama ini kami hidup bahagia, tapi bila perempuan indonesia itu datang dan menggoda suami, rumahtangga kami hancur dan musnah."
Jawab si suami pula,
"Bukan sebab perempuan tu, tapi saya dah muak dengan perangai awak yang tak pernah berubah dan selalu suka menuduh saya bukan-bukan. Tuan hakim, dia isteri yang derhaka!"
Allahu😢
Di mana rasa cinta yang mereka bina selama 30 tahun tersebut?
Kerana itu, usahlah mudah menghakimi keduanya, kerana kita tidak tahu salah siapa, dan kita tidak tahu apa yang telah berlaku sebenarnya.
But at the end, mereka tetap bercerai dan memilih untuk hidup berasingan.
Ibrahnya, ia adalah UJIAN berat yang Allah berikan kepada hamba yang terpilih.
Siapa yang bernikah mahu berpisah?
Siapa yang bernikah mahu dipoligamikan?
Tiada.
Semua nak bahagia.
Tapi kena selalu sedar bahagia itu hanya ada pada-Nya.
Allah genggam dan Allah pemilik mutlak segala rasa cinta.
.
Jadi usah terlalu yakin jodoh yang ada itu akan selamanya bersama.
Kerana semua Allah beri adalah pinjaman.
Allah boleh tarik bila-bila Allah mahu, atau tukarkan dengan orang lain atas kehendak Allah.
Sure. Semua mahu "Love till Jannah."
Namun ia bukan sekadar kata-kata, tapi sedaya mana menjaga cinta itu bersama bertahan sehingga selamat sampai keduanya di pintu syurga.
Allah tak pandang se'sweet' mana kita dengan pasangan di medan sosial.
Tapi Allah pandang hati dan amal keduanya apakah selari dengan kehendak Allah.
Ia bukan soal siapa jodoh kita, tapi soal --
"what we do the best for our love?"
Doa, doa dan teruskan berdoa yang baik-baik semuanya.
Namun jangan sesekali meletakkan dalam hati,
"Sebab aku cantik, suami takkan berpaling lain."
"Sebab aku ada yang harta dan kaya, pasangan takkan beralih arah."
"Sebab aku suami soleh, isteri akan selalu taat."
Kita baik, bukan sebab kita baik.
Tapi sebab Allah yang maha baik membuatkan kita mampu melaksanakan kebaikan.
Kita punya kelebihan, bukan sebab semata usaha kita.
Tapi sebab Allah yang menitipkan sedikit kelebihan dan amanah sebagai pinjaman.
Letakkan cinta Allah lebih BESAR dari cinta jodoh.
Maka kita akan selalu tenang kerana hati jodoh Allah yang pegang.🌹

Jodoh sebenar bila sama-sama berjaya sampai ke pintu syurga-Nya.

Comments

Popular Posts