Debu Debu Dunia


Orang yang dah mengenal Allah, dia takkan lagi ingin membanding-bandingkan dengan orang lain.

Apatah lagi nak berhasad dengki atau cemburu sehingga sakit hati.

Kerana dia lebih fikirkan akhiratnya berbanding hidup orang lain.

Ya, sifatnya manusia terpukau pada hiasan dunia.

Kekayaan, glamour, suka bila dipuji-puji, suka bila lebih hebat dari semua orang, suka jika dapat miliki semuanya.

Tapi bukanlah itu bahagia dan ketenangan mutlak seorang hamba yang beriman. "Tenang dan bahagia itu bila hati sentiasa diletakkan tertinggi untuk-Nya." Dia melihat redha Allah sebelum redha manusia.

Dia melihat ganjaran pahala Allah sebelum ganjaran pujian manusia.

Dia melihat hebatnya akhirat yang diakhiri dengan syurga berbanding dengan nikmat dunia yang sementara. .

Jauhilah hasad dengki yang memadamkan amal dalam diam.

Sia-sia jadi debu yang berterbangan. Nauzubillahi min zalik. "Ya Allah aku berlindung dari hasad dengki manusia dan keburukan yang tersembunyi." 

Comments

Popular Posts