PERJALANAN FINAL YEAR PROJECT 1

Hye guys, baru sekarang terasa nak share dan ceritakan serba sedikit tentang perjalanan sepanjang  FYP1 walaupun hakikatnya sekarang dah habis study dah. InsyaAllah mudah-mudahan result semester 7 nie semuanya okeys. Pada permulaanya dan sejujurnya aku still lagi blurmasa awal-awal masuk semster 6,  still lagi pening nak buat pasal apa untuk FYP1, dengan idea untuk cerita lagi, dengan medium . So time tu aku decide nk buat 3D tapi ada problem dekat Pc sebab nak buat 3D nie memerlukan pc atau laptop yang power untuk rendering dan modeling. Lastly,  aku pilih 2D atas alasan aku fikir aku dah pernah belajar 2D sebelum nie walhal pada hakikatnya aku tak ada kelebihan langsung dalam drawing. Aku sanggup ambik risiko untuk buat 2D tapi untuk jalan yang selamat aku tak buat character manusia. Aku buat character Robot iaitu vacuum.  Settle 1 masalah. Masalah kedua yang aku terpaksa hadapi pulak, yang part storyline untuk animation 3 minit, ingatkan mudahlah nak fikir tapi rupanya susah. Semua story yang aku tunjuk dekat Mr M, semua sir riject.  Sampai lar satu hari itu, aku tunjuk story baru dekat sir, sir cakap okey cuma part ending tu yang tak best so terpaksa lar aku fikirkan ending yang baru. Time tu dah memang kesuntukan masa dah. Tapi thumbnail still lagi sir tak cop. Stress pon ada. Sebab orang lain kebanyakkan semua dah dapat cop. Time tu dah lar kesihatan tak okey. So nak tao nak terpaksa push diri untuk fikirkan idea part ending tu dan alhamdulillah sir approve dan cop kang.

Comments

Popular Posts