MR. M

TERIMA KASIH Sir, sebab sentiasa bagi peluang untuk saya buktikan keupayaan saya walaupun hakikatnya saya sendiri rasa saya tak memiliki apa apa kelebihan dalam bidang animasi. Tapi, saya tetap cuba untuk belajar, cuba untuk buat , cuba untuk menerima segala kritikan. Dari sir saya belajar sesuatu yang saya sendiri tak pernah percaya dan yakin saya mampu lakukan, saya mampu hasilkan. Dari sir saya belajar erti tanggungjawab dan komitmen terhadap perkara yang saya buat. Sejujurnya, apa yang saya perolehi sepanjang saya belajar adalah bagaimana untuk jadi manusia yang lebeh kuat, lebeh tabah dan lebeh berfikiran kedepan. Tak mudah untuk perolehi ape yang kite inginkan tapi semue tu tak mustahil bila kite usaha sehabis daya. Saya enjoy sepanjang saya menyiapkan FYP saya walaupun diberi ujian tapi saya cuba buat yang terbaek dan saya cuba untuk buktikan yang saya mampu buat dan tidak akan ade alasan untuk tidak boleh lakukan semue tu. Terima kasih sebab sir sentiasa bagi semangat walaupun dalam nada yang negatif. Tapi saya tahu dan saya faham maksud yang sir cuba sampaikan. Terima kasih sir untuk ilmu dan didikan yang sir berikan. Semoga Allah sentiasa merahmati hidup sir sekeluarga. Amin. :)

Comments

Popular posts from this blog

Spaghetti Goreng versi campak campak

Bunga Hijrah

TENTANG JANJI-Mu