Dugaan FINAL YEAR PROJECT 1

Lepas Mr.M approve aku punya thumbnail, baru lar aku mula buat storyboard untuk The Boss, ambik masa lama jugak nak siapkan sebab storyboard tu aku buat secara manual, kena draw satu per satu, lepas tu nak kena color, lepas color nak kena tulis dia punya description, camera angle. Aku dah lar buat keja slow, rase macam nak nangis sebab buat  tapi tak siap siap :( time tu aku dah mula sakit kepala tapi just fikir sebab magrain, sebab tak cukup rehat, tidur tak menentu, makan tak menentu so aku ignore jer. Bila rasa tak tahan sangat baru ambik ubat. Tapi time tu tak pegi hospital pon sebab fikir still lagi boleh tahan. Alhamdulillah, akhirnya storyboard siap jugak tapi time tu lagi 3 minggu nak presentation. Tapi, time tu sebenarnya banyak lagi tak siap. Sebab tu orang cakap nk siapkan animation nie bukan benda yang senang, nak kena siapakan thumbnail, storyboard, character skecthes, character thunaround dan banyak lagi lar. Tapi, sakit kepala makin hari makin kuat, sampai satu hari sakit tu Allah jer yang tahu, sampai makan ubat pom still lagi tak hilang. Disebabkan tak tahan sangat aku decide pegi hospital. Hospital Al Islam, Kg Bharu.


Comments

Popular posts from this blog

Spaghetti Goreng versi campak campak

Bunga Hijrah

TENTANG JANJI-Mu