tips Baca Al-Quran



Hasil carian imej untuk alquran

Macam mana nak konsisten baca satu juz al Quran setiap hari. Nampak macam susah tapi sebenarnya semua orang boleh!
Secara purata satu juz al Quran ada 20 muka surat.
Bahagikan begini.
Subuh 4 muka surat
Zohor 4 muka surat
Asar 4 muka surat
Maghrib 4 muka surat
Isyak 4 muka surat

Bacaan biasa, tak laju dan tidak lambat. 1 muka surat sekitar 3 minit.
4 muka surat x 3 minit = 12 minit setiap sesi.
12 minit x 5 kali bacaan = 60 minit.
Hanya 60 minit (1 jam) digunakan untuk baca satu juz al quran. Ternyata tidaklah terlalu banyak masa digunakan untuk menghabiskan satu juz al Quran dibanding dengan nikmat yang dapat. Inshaa allah terasa waktu yang berkat.
Mula-mula memang berat, lama kelamaan boleh speed up 4 hingga 5 juz sehari. Tak mustahil.
Selamat mencuba :) 

Comments

Popular posts from this blog

Ayam Masak Merah orang Besut

Spaghetti Goreng versi campak campak

Bunga Hijrah