Bunga Hijrah

Hijrah adalah perjalanan panjang yang baru akan berakhir saat Allah memanggil kita pulang. Hijrah juga merupakan sebuah PROSES, bukan hasil. Ibarat meniti anak tangga, jika mahu sampai ke puncak ya sunatullah-nya harus satu demi satu.


Makna Hijrah adalah Minna dzulumatii ilannuur, iaitu perjalanan dari gelap menuju cahaya. LUAS. Maka Hijrah terkait pada semua aspek yang muaranya sama, iaitu mampu mendekatkan diri kita pada Allah. Boleh hijrah pemikiran, lingkungan, kebiasaan, penampilan, perkataan, atau apapun, yang pastinya ke arah yang lebih baik, yang Allah redhai
.
Bukankah bayi pun awalnya digendong dulu, lalu merangkak, berjalan, barulah dia boleh berlari? Ada PROSES yang tak boleh dilangkau terus. Hijrah yang berhubungan dengan penampilan pun demikian. Dituntun sebagai teman, melalui pemahaman.
.
Aku pun mengalami proses hijrah penampilan seperti demikian. Apakah boleh ? Ya boleh. Dan itu memerlukan waktu yang waktunya bukan sekejap. Bertahun-tahun lamanya, dengan berbagai konflik, pertentangan, dan ego di dalam diri. Hingga akhirnya pemahaman bertambah, dan semua berubah sedikit demi sedikit. Bismillah :)

Comments

Popular Posts