H.A.M.B.A.

Pejuang, Hati kena kental.
Tiap minggu berprogram, tiap hari tak lepas dari fikir soal Ummat. Bagaimana nak mengembalikan kegemilangan Islam.
Pejuang agama,
Tak pernah lekang dari bibirnya setiap agenda untuk bantu Ummat jadi yang lagi baik, rangka program dan projek untuk satu 'kejayaan'.
Kena kental? Ya.
Mentally and physically.

Cuma mungkin.
Terkadang,
Jiwa kita lelah dan kalah dengan pujukan halus sang nafsu.
Kerana mungkin,
Kita dah lama bertahan, cuba untuk menepis segala kekusutan.
Hanya kerana,
Ada sahabat perjuangan yang membuka aib kita tanpa kita sedari.
Seorang yang menikam belakang kita tanpa kita ketahui.
Hati yang tiba tiba terpesong niatnya kerana seorang ajnabi yang turut sama berjuang atas nama agama ini.
Ketua yang hanya mahu turutkan kemahuan dia tanpa tahu seperti apa keadaan dibawahnya.
Terlalu banyak spekulasi dan persepsi manusia sekeliling tentang perjuangan yang dibawa.
Mungkin terkadang,
Iman kita gugur kerana ini.

Sahabat perjuangan,
Jalan juang tak mudah.

Kalau mudah, takkanlah ada perang yang tercetus hanya untuk tegakkan agama ini?
Takkanlah Salahuddin AlAyubi tewas beberapa kali sebelum menang menawan ALAqsa.
Takkanlah ramai tentera Islam gugur di medan perang ketika cuba menawan Kota Constantinople?
Sahabat,
Allah tahu hatimu sedang rapuh.

Mungkin kerana sudah lama bertahan dan berpenat?
Penat bukan satu kesalahan.
Rehat, bukan berhenti.

Cuba pandang sesuatu yang terjadi di sekeliling kita, dengan kaca mata Iman. Cuba nilai apa yang terjadi dengan perspektif Iman.
Kalian bukan lemah.
Kalian cuma perlu, sedikit sokongan Iman.

Gali dan gaul balik tarbiyah yang kalian peroleh dulu.
Mungkin, kerana Zikirmu sudah gerimis, kerana itu hatimu makin serabut.
Mungkin, kerana Quranmu sudah jarang disebut, kerana itu jalanmu makin suram.
Mungkin, kerana Solatmu tak lagi khusyuk, kerana itu hidupmu kian kusut.
Cari balik, kemanisan Iman.
Kemanisan bila berbuat baik, kemanisan bertahan saat dihina dicaci, kemanisan berteguh disaat sahabat yang lain cuba meruntuh.
Moga Allah kuatkan hatimu untuk agama yang sedang kita perjuangkan, ameen.

Comments

Popular Posts