You're the best version of yourself









macam mana kita nak rasa apa yang kita buat hari ini adalah sesuatu yang terbaik?

kalau kita buat sesuatu benda dan kita rasa ada lagi orang lain buat lebih baik dari aku, ada yang tulis lagi baik, ada yang buat video lagi hebat dari aku. kenapa kita tak rasakan apa yang kita buat hari ini adalah sesuatu yang terbaik untuk kita dan juga orang lain?. setiap apa yang kita buat hari ini, tak kisahlah kita tulis benda yang baik ke walaupun cuma sebaris ayat sahaja yang kita coretkan dekat mana mana media sosial, ataupun kita buat video berkaitan dengan topik biasa biasa jer.

tapi sebenarnya kita kena rasa semua yang kita buat tu memberi manfaat kepada manusia yang Allah pilih. tak kisah lah orang itu beragama islam atau sebaliknya. Mungkin ada yang rasa apa yang kita buat ni adalah benda yang kecil, tapi sebenarnya ada lagi individu yang memerlukan apa yang kita tengah buat hari ini. Sebab kita sendiri pun tak tahu siapa sebenarnya yang dah terkesan dengan apa yang kita tulis, apa yang kita buat. Dan boleh jadi orang tu dia baca caption kita, dia tengok video kita, dia jadi manusia yang lebih baik daripada sebelum ni. Sebelum dia tengok video kita, dia jadi orang lain tapi selepas dia tengok video kita, dia tengok caption kita, dia baca tulisan kita, dia menjadi manusia yang lebih baik.

Dan apa yang kita perlu buat hari ini adalah bukan untuk fikirkan sama ada, ada orang berubah sebab kita ke? ataupun ada orang terkesan ke tak, itu bukan kuasa kita. Itu adalah kuasa Allah s.w.t dan apa yang kita perlu buat adalah teruskan memberi manfaat, Teruskan buat video, teruskan tulis benda benda yang baik. Teruskan membaca ataupun berkongsi sesuatu yang lebih baik. sebabnya kita tidak tahu, boleh jadi perkataan kita ataupun tulisan kita memberi manfaat kepada orang lain sehinggakan dia mampu mengubah kehidupan dia.

Comments

Popular Posts